Wednesday, September 20, 2017

Island hoping @ Boracay II PUKA beach

Puka beach merupakan sebuah pantai yang sangat cantik yang mana air-nya sangat clear, pasir yang halus tulus mulus serta gebu. Puka beach ni merupakan pit-stop pertama jika ambil pakej Island Hoping di Boracay.


Kena naik boat bersayap ni untuk Island Hoping dari Pantai Station 1.


Daim kepelikan apalah yang dia pakai tu..
Muka dia pelik semacam..
Kitaorg gelak je...
Tak sampai 10 minit, eh eh Daim dah tidur...haha



Travel guide sedang tunjukkan kepada kami tempat romantic dinner dan sunset viewing untuk malam nanti..
Wahhh..masa ni kami sangatlah tak sabar..


Tengok dari jauh pun dah cantik, apa lagi pabila jejakkan kaki malam nanti..


Ok dah sampai PUKA beach..
Sungguh! Memang sangat cantik!


Yuhuuuu..
Bukti kami sekeluarga dah sampai ke PUKA beach yang tersohor di Boracay!


Laut biru, air kat pantai clear..
Phewww...view yang sangat best!


Anniversary vacation kan...
Scene romantic kenalah ada..hihi..


Candid..
Lari pula Aleesya ni tatkala travel guide kami nak snap gambar dia..

Btw bamboo stall tu tempat masaage kaki kat PUKA beach ni..
Bayaran bermula dari 200 peso..


Halus dan gebu macam tepung pasirnya...


Aksi lompat tak jadi..


1,2,3 JUMP!
Nampak sangat Ayyunie paling berat ya..haha


PUKA BEACH!
Here we come!


My lovely family...
Ya ALLAH.. nampak tak kejernihan pantai tu...Fuhhh


Ni candid, saja2 buat jatuh gitu..


Kat pantai PUKA ni ada juga gerai2 jual pakaian pantai, snack, cenderahati khas buat dari kerang dan kedai jual minuman. Nak sewa pelampung besar Unicorn pun boleh. Nak piknik pun boleh juga, tapi pastikan sampah jangan dibuang merata2 kerana pantai2 di Boracay sangatlah bersih dan tiada sampah!


Mesti ada yang tertanya2 mana Daim..
Daim masih lena tidur tatkala kami have fun di PUKA Beach.
Sis Geia yang tolong jaga (termasuk dalam pakej) Daim sepanjang kami Island hoping ni...

Ok next sambung naik boat dan menuju ke pit-stop kedua pula...


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: