Thursday, July 6, 2017

Resepi meatball & homemade gravy

Ramai yang minta saya share resepi homemade gravy + meatball yang saya buat tempohari. Demi untuk kalian, saya sanggup masak sekali lagi dan siap snap gambar lagi untuk memudahkan rujukan. Tapi ok je masak berkali2 menu ni sebab anak2 suka bawa bekal pergi sekolah.
Siap bawa banyak lagi untuk dikongsi bersama rakan-rakan.
Ok jom kita tengok cara-cara membuatnya..



Bahan_bahan:

2 sudu besar butter
1 biji bawang besar holland dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air sejuk biasa
200ml susu segar
2 sudu sos tomato
2 susu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu sos lada hitam
2 susu kicap pekat
1 camca lada hitam yang dihancur
1 kiub daging/ayam
gula, garam, aji mengikut citarasa masing2





Cairkan butter. 
Kemudian masukkan bawang besar holland tadi. 
Goreng hingga layu.


Masukkan pula tomato yang dipotong dadu.
Goreng hingga layu juga.


Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.
Kacau cepat2 untuk elakkan berketul.
Kemudian masukkan 2 cawan air biasa.


Tambah pula 200ml susu segar.
Kacau sebati.


Sebelum mendidih, masukkan sos tiram, kicap manis dan sos tomato.


Letak lada hitam yang dihancurkan.


Masukkan kiub pati ayam


Masukkan juga sos lada hitam. 
(Saya guna sos lada hitam cili padi)


Akhir sekali, masukkan kicap pekat sedikit untuk mencantikkan warna.
Garam, gula, perasa terpulang pada citarasa masing2.
Letak sikit je sebab semua bahan2 tadi dah ada rasanya sendiri.

Pabila dah masak dan sejuk sedikit, boleh blend untuk haluskan sos.


Dalam pemanggang ajaib, goreng bebola daging tanpa minyak hingga masak. 
Guna api yang kecil sahaja.


Siap! Boleh dihidangkan bersama dengan homemade gravy tadi. 
Saya letak sos thousand island sikit bagi masam2.
Kalau nak manis2 boleh letak jem strawbery macam IKEA tu.


Ok selamat mencuba!
Sekali cuba pasti puas hati!





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: