Wednesday, August 16, 2017

Signboard baru GO-JB CHOCOLATE





Orang putih kata 
"strong outdoor business signage will boost your business"

Company advertising yang buat signboard ni pula kata
" signboard CocoDamia ni antara yang tercantik pernah kami buat. Base signboard ni jarang org kita guna"

Saya pula kata
" saya nak signboard yang showcasing my brand dan boleh memberi first impression pada potential customer"

Makanya semoga Signboard baru GO-JB CHOCOLATE yang cantik lagi unggul dan bersinar-sinar dengan LED illumination pada waktu malam ni dapat berkomunikasi dan lebih attracting customers melihatnya. Nak-nak pula kena traffic jammed kat traffic light depan kedai ni. Jangan jemu memandang dan terus datang membeli di GO-JB CHOCOLATE ya.

P/s: Ok! Syarikat advertising otw untuk pasang signboard Pusat Bahasa Pelangi pula.




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, August 14, 2017

Washing Machine & Steam Iron for Sale at Cheap Prices


ALHAMDULILLAH..
Rezeki Hari Jumaat lepas..
Terima kasih Haier Malaysia
Hadiah washing machine & steam iron dah sampai..

Moga lebih banyak lagi rezeki yang tak disangka-sangka selepas ini.
Rezeki yang kita usaha setiap hari tu memang dah pasti!


Tapi memandangkan kat rumah saya pun dah ada washing machine yang cukup menampung keperluan pencucian baju kami, dan kat rumah pun memang guna steam iron, tak naklah benda2 ni membazir atau rosak macam tu je kan..
Jadi saya nak jual lebih murah dari harga online dan juga harga pasaran direct kedai..
Prefer mereka yang berada di sekitar JB sahaja untuk washing machine.....
Lagi elok kalau self-pickup..
Kalau steam iron insyallah saya boleh pos..


Ni harga untuk steam iron..
Memang senang guna steam iron ni..
Baju cepat je lentik sebab guna wap kan..
Jimat masa..

Saya nak jual RM45.00 sahaja..
Kalau siap postage RM50.00 sahaja..

UPDATED: STEAM IRON SOLD


Ni pula harga Lazada untuk washing machine tu..
Besar ni weii..
14kg..
Dah macam kat kedai dobi dah..
Senang nak basuh comforter dalam ni...


Ni antara function2 yang ada..


See!
Review pun 5 bintang tau..
Insyallah dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya..
Saya nak let go RM1200 sahaja..
Kondisi kotak 10/10 sebab masih dalam kotak dan tak buka2 pun..

Sesiapa yang berminat nak beli, boleh whatsapp saya di talian 012-7560895 ya.

Moga Allah permudahkan urusan dan rezeki kita sekalian...aaaminn..




Sunday, August 13, 2017

Control macho depan aweksss


Fuhh!
Pandai Daim control macho depan aweksss seyhhh..
Ni pada mulanya lah..
Lepas tu.....


.... Hahaha...
That's my boy!
Berebut balloon org pula dah..
Yang girl tu pun boleh tahan garang orangnya.. Hihi..

Thursday, August 10, 2017

Renovation Fasa 2


Gambar2 semalam..
Renovation fasa 2..
Khas untuk galeri dan showroom produk..

Maaf kalau ada antara customer kami yang datang, keadaan kurang selesa dan berhabuk. Renovation ni untuk keselesaan pengunjung pada masa akan datang. 

Dah datang JB jemput singgah GO-JB CHOCOLATE ya semua.. Ada premium chocolate, ole ole coklat, energy bar, coklat IQ dan menerima juga coklat custom made untuk tempahan majlis dan keraian..

Mana2 institusi, sekolah atau tadika yang nak buat slot EDUTOUR, boleh email terus ke cocodamia@yahoo.com

Terima kasih semua!


Tak habis2 berhabuk sejak 2-3 minggu ni. Tapi tak pe bukan saya yang kemas sapu mop pun..:-)


Insyallah.. Moga2 dengan renovation ni dapat menaikkan lagi semangat pengunjung untuk membeli belah dalam Go-JB Chocolate..


Yeahh gambar pagini..
Tengah susun2 barang..
TQ kak ainur aka Dr. ainur yang sudi datang shopping dan chatting2 kat Go-JB Chocolate. Kali ke-2 datang baru ada jodoh nak jumpa my senior masa study kat UTM ni..






Big boss tengah atur strategi tu nak susun2 produk cam mana.. Nak tulis apa kat ruangan info.. Ya lah kami kan ada konsep Edu Tour, so perlu ada sudut info untuk peserta2 dan pengunjung juga..


Jemput datang ya semua. Ada macam2 coklat kami buat sendiri.
Insyallah by next week semua renovasi settled termasuk signboard. Barulah lega sikit dengan banyak kerja/event/ordernya. Yang datang nak jadi ejen/distributor pun ramai. So bila renovasi dah siap, selesa sikit kita nak deal business kan.

Jemput shopping coklat di:

Go-JB Chocolate
52, Jalan Enau 15,
Taman Teratai, Skudai, Johor.







Tuesday, August 8, 2017

Shopping coklat di GO-JB CHOCOLATE


Dah datang JB, jangan lupa bawa balik Ole-ole untuk orang tersayang tau. 

Untuk mak ayah, untuk anak-anak, untuk staffs, untuk bos, untuk jiran, untuk geng gosip, dan untuk siapa2 sahaja lah.

Yang pasti Ole-ole CocoDamia mempunya nilai2 dan ciri2 eksklusifnya tersendiri. 

Coklat.. Ada kelasnya.. 
Pasti yang dapat, suka teruja, 
ada yang manis ada yang pahit juga, 
tak kira apa rasanya, penghargaan kasih takkan dilupa..

Shopping di mana? 
Semestinya Di:

GO-JB CHOCOLATE
52, Jalan Enau 15,
Taman Teratai, 81300, 
Skudai, Johor

#cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate #chocolate #gift

Sunday, August 6, 2017

Green apple ice ball & Ribs 2 @ RM45*

2 tajuk menu di atas adalah untuk 2 tempat yang berbeza..

Jom tengok tempat pertama kami ngeteh semalam di SDS Pulai Perdana 2...


Order air pelik-pelik, pastu suami tanya apa yang menariknya.... Haha.. Pastu abang budget keluar glasier ke dari air tu? Kikiki.. (Tengok video yang saya upload kat IG lebih faham maksudnya)..:-). Ni namanya Green Apple Ice Ball.. Green apple tu keras macam ice ball, pastu ada air gula. Nanti kena tuang air soda yang berbuih tu dalam gelas ice ball tu, tapi biasa je.. Ingat berbuih2 lagi macam minum Eno.. Haha.. Tapi sedap lah juga..

Pabila anak-anak back to back ada extra class waktu weekend, ibu ayah pun ada lah extra time utk ngeteh.. Dah lah waktu extra class tak sama, sorang kul 11, sorang kul 1, dah kena 2 org anak 2 kali ngeteh.. πŸ˜‰


Aleesya order grill chicken chop.. Walhal sarapan pagi saya siap masak nasi berlauk lagi.. Tak pe, budak2 kan cepat lapar.. Penat memikirkan silibus sekolah sekarang.. Oppss!


Spageti creamy tuna untuk Daim. Eh macam lah habis, so saya ngan ayah damia yang habiskan.


Sepatutnya jam 1, Aleesya pula ada extra kelas. Tapi disebabkan kami nak ke Aeon Tebrau cari barang office, so lepas ambil Ayyunie balik extra class, terus gerak ke Aeon, kiranya Aleesya pontenglah kelas Ekstra tu.. Huhu.. Takut kalau Aleesya gi kelas juga, tak sempat kami nak patah balik ambil Aleesya je. 

Ni lah tempat yang kami nak cari barang tu. Index living home. Tapi sayangnya barang yang kami nak beli tu tak ada, ada kat IKEA juga.. Haihhh..


Ok lepas round2 cari barang, kami ngeteh lagi di tempat kedua pula iaitu Tony Roma's.. Suka lah tu Daim dapat naik kiddie car. Jenuh tungguh turn nak dapat kiddie car ni tau. Sekali dah dapat, betul2 gunakan. Sampaikan makan pun dalam tu.. Hihi...


Suka Daim suap2 orang makan ni.. Layannnn.. Sambil dia suap kita, kita suap dia pula, gitulah taktik nak bagi dia banyak makan sikit.. 


Menu Aleesya sampai dulu.. Kids menu Chicken tender. Free je ni siap dessert sebab saya order yang main course.


Ayyunie order kids menu Pizza siap dessert. Tapi include charges le sebab ayah damia order yang main course ada promotion. So tak dapatlah free menu kids ni.


Pudding dan ais krim utk both Damias.. Tapi macam Daim yang banyak makan ni.. Haha


Main course saya... Grill 1/2 chicken.. Boleh kongsi 4 org portion ayam dan nasi ni. Besarrrrr...


Main course ayah damia. Hah yang ni ayah damia nak makan sangat2. Dah lama tak makan ribs.. Kebetulan ada promotion, terus order tanpa fikir ya..


2 ribs tu hanya RM45 sahaja.. Selalu 1 ribs pun dah cecah harga RM50-60 kan..free air dan free refill lagi.. Ok puas hati!


Alhamdulillah.. Syukur selalu atas nikmat makan yang Allah sentiasa beri..


Wefie dulu! Eh Ayyunie tak masuk frame pula..


Suka ya Daim dapat makan sambil main kiddie car tu.. 

Ok siapa2 yang suka makan ribs tu terutama dengan sos2 marvelous dari Tony Roma's, cepat2 lah gi. 

#syukurselalu

P/s: Harini pun both Damias ada extra class lagi.. Busynya lahai anak2..

Tuesday, August 1, 2017

Gold Coast, Australia II Warner Bros. Movie World

Lamanya nak sambung balik cerita2 kat Gold Coast ni..
Last update bulan april aritu pasal Fish Market kat sana..
Ok, since gambar2 dah ada dalam draft, meh kita sambung semula hari ke-4 kami sekeluarga di sana..



Hari ke-4 kami ke movie world..
Agak jauh juga lah dari area Surfer Paradise tu..
Lebih kurang dalam 45 minit..
Kami antara terawal yang sampai..
So sebelum masuk, wajib snap2 kat entrance kan..


Ok kredit untuk Aleesya ke Ayyunie yang snap2 gambar ni..;-)


Both Damias memang excited sangat2 nak datang sini..
Al-maklumlah, diaorg dah dipengaruhi dengan movie Hello Gold Coast lakonan Zizan, Mia Sara dan Raykal tu..boleh dikatakan hari2 tengok CD movie tu sebelum datang sini..


Ni masa tengah beratur nak tengok 4D Adventures Lonney Tunes tu..
Memang best movie 4D tu..
Daim pun enjoy je tetiba basah lah, tetiba keluar salji lah...hihi..


Kartun feveret zaman saya kecik2 ni..
Anak2 tak kenal pun karakter kartun ni..
Scooby scooby doo, where are you..


Opppss... manja 2 gitu..


Wajib singgah galeri coklat ni..
Ater bolehlah buat observation dan juga belajar sesuatu kan..





Sampai ke label pun nak snap...haha


Beli nak rasa je ni..
Truffle perisa apa dah...lupaaa...haha
Tapi jujurnya tak sedap pun...eh!



Aleesya memang penakut sikit..
Naik benda ni pun takut..
Menurun saya lah tu sikit2 takut...haha


Tengok Ayyunie rileksss je naik benda ni..


Pastu naik kereta ni dalam kingdoms apa ntah nama dia..
Haha..dah lama tak ingat..

Ok, ni antara show yang wajib tengok..
Drift kereta..
Memang best ni tengok aksi2 kereta drift...
Ada unsur humor juga...dan engagement dengan para penonton..


Masing2 teruja tengok sketsa drift ni..



3D wall..


Tak sanggup nak naik coaster ni..


Kebetulan dalam tengahari sikit, hujan rintik-rintik pula tu..
Tapi pengunjung tetap rilekss je main tu main ni..


Suka ya Daim orang usung sana sini..
Dah macam anak kanggaroo duduk dalam carrier tu...hihi



Daim pun enjoy rides ni...
Hairan agaknya dia asyik pusing2 je rides ni..


Sambung main dalam kingdoms ni lagi..


Ingat ke Daim boleh main kereta ni ditemani ayahnya..sekali masa nak masuk tu Daim tak cukup tinggi pula...so tengok kakak2 je lah main ya..


Wahhh Looney Tunes...
Hahaha...suka ya Daim kena gomol2 kat itik besar tu..


Tak naik pun kat sini.
Just bergambar je depan ni..


We are happy family..
Alhamdulillah..dapat tunaikan hasrat both Damias terutama Ayyunie nak ke sini..


Refill air kat sini kejap..
BTW kalau kita beli botol air dia (saya beli masa kat Sea World), dan ada sticker khas bawah botol air tu, kita boleh refill air tu kat beberapa tempat attraction di Gold Coast ni...so memang jimat lah walaupun botol air tu harga dia lepas convert duit kita dalam RM50 lebih..haha..sampai sekarang pun masih guna botol air tu kat rumah...so worth it lah juga..


Aummm...buat gaya Catwoman..


Ayyunie cakap tak takut pun...hihi


Lompat keriangan...


Ingat nak masuk tengok sekali lagi, tapi kena beratur panjang pula...


Ni girlfriend Superman ke? kih kih..


Putih bersih gebu uolsss kulit kaki dia...hahaha


Tak berani naik Escape ni...so buat aksi kat luar je lah...haha


Berehat sebentar
Masing2 dah penat..Ayyunie sampai buka kasut..
Mula2 ingat nak main kat sini sampai 4 petang, tapi jam 1 petang kami whatsapp driver kami suruh ambil kami balik jam 2 petang..


Tengok je lah mampu orang-orang dok menjerit naik roller coaster ni..
Nak naiks sendiri hati memang tak mampu tak melawan ketakutan...hihi


Panjang giler kot roller coaster yang ni pula..
Pun tengok je lah org lain naik..haha


Hah! Kalau yang ni beranilah saya naik.. Haha.. Tapi muka cuak juga tu ngan Aleesya. Ayyunie yang duduk depan kami siap sound "bisinglah ibu ngan kakak ni, ni pun nak takut"... Haha.. Malu weiii..

Btw banyak lagi rides yang saya tak sempat amik gambar dan ada juga gambar2 yang saya snap tak letak semua dalam blog...kita up mana yang sempat je ya..

Ok next insyallah bersambung lagi...







:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::